Kembara Mahsyar Eksklusif Box

FREE shipping within Singapore on every order above $60. Please contact us for International deliveries.
Login
Product

Islamic Books in MALAY

Kembara Mahsyar Eksklusif Box

  • $42.50

Description

 

Penerbit: Nur El - Hikmah

Penulis: Faris Zulkharnane

Rasai Pengembaraan Ke Alam Selepas Mati Buku Kembara Mahsyar ini akan membawa kita merentasi 13 Alam. Bermula dari Alam Roh, tempat dimana kita semua dikumpulkan seterusnya kita akan pergi ke Alam Kandungan. Kemudian kita akan singgah sementara di Alam Dunia sebelum kita mulakan pengembaraan kita menuju ke Alam Barzakh. Kita akan melihat bagaimana dahysatnya Hari Kiamat. Kemudiannya kita akan dibangkitkan kembali pada Hari Kebangkitan dan menuju ke Padang Mahsyar.

Kita akan melihat bagaimanakah keadaan dan seksanya di Padang Mahsyar dalam suatu tempoh waktu yang sangat panjang, sehinggalah mendapat Syafa’at daripada Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam agar dipercepatkan proses Hisab.

Kemudiannya, tatkala kita melakukan Penyerahan Catatan Amal, adakah dengan tangan kanan ataupun tangan kiri? Bagaimanakah pula ketika amalan kita ditimbang di Mizan, adakah pahala ataupun dosa yang akan memberatkan timbangan? Terpilihkah kita untuk meminum air daripada Telaga Al-Kauthar? Dan akhirnya tibalah kita di Titian Sirat yang halus lagi tajam itu. Bagaimanakah keadaan kita ketika melaluinya nanti. Jika berjaya, maka kita akan terus menuju ke Syurga. Akan tetapi kalau tergelincir, maka terjatuhlah kita ke Neraka menerima azab siksa yang tidak terperi.

Box Of Mahsyar Eksklusif DUA buah buku Kembara Mahsyar yang dibungkus khas di dalam sebuah kotak eksklusif yang terdapat 9 barang di dalamnya.

1 x Kembara Mahsyar (Buku 1)

1 x Kembara Mahsyar (Buku 2)

1 x Kad Talqin

1 x Kad Wasiat

1 x Penanda Buku I

1 x Penanda Buku II

1 x Peta Kembara

1 x Poskad Quotes

1 x Kalendar Meja 2021

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kembara Mahsyar (Buku 1) SOFTCOVER Menceritakan bermula dari Alam Roh sehingga ke Hari Kiamat Terdapat 200 muka surat Buku berwarna dan terdapat poster-poster yang menarik di dalamnya.

Kembara Mahsyar (Buku 2) SOFTCOVER Menceritakan bermula dari Hari Kebangkitan sehingga ke Syurga Terdapat 200 muka surat Buku berwarna dan terdapat poster-poster yang menarik di dalamnya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan hanya perlu memikirkan kehidupan di dunia sahaja, malah kehidupan selepasnya juga perlu dititikberatkan. Inilah buku Kembara Mahsyar yang ditulis oleh Faris Zulkharnane. Buku yang padat dengan ilmu tentang perjalanan terakhir manusia untuk berjumpa dengan sang pencipta.

Buku 1 yang berkisah mengenai pengembaraan manusia dari permulaan kehidupan, iaitu alam roh.

Buku 2 pula menceritakan pengakhiran pengembaraan dan persediaan menemui Tuhan. Isi yang menarik untuk bacaan umum dan dapat menginsafkan diri.

Dapatkan sekarang untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini.

Qty
Share

Write a review

Please login or register to review