Kamus Akhbar Bahasa Arab (Belajar Bahasa Arab)

SGD 18.90

Penerbit: Universiti Teknologi Mara

Penulis: Ghazali Yusri Abd Rahman & Azman Che Mat

Size In Cm: 29.5 X 21cm

SOFTCOVER

139 PAGES

Kamus ini merupakan himpunan frasa-frasa kontemporari berkaitan dengan politik, ekonomi, sukan dan sebagainya,yang digunakan oleh akhbar-akhbar berbahasa Arab. Sumber bahan diambil daripada pelbagai akhbar bahasa Arab dari pelbagai negara seperti Jordan, Mesir dan Arab Saudi. Objektif kamus ini adalah untuk menerangkan istilah-istilah semasa yang digunakan dalam sesuatu topik serta memberikan contoh penggunaan sebenar dalam ayat sepertimana yang digunakan dalam akhbar-akhbar tersebut. Terjemahan contoh ayat bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu disertakan dengan tujuan memudahkan pelajar memahami penggunaan istilah tersebut dalam kedua-dua bahasa.

Kamus ini penting kepada pelajar bahasa Arab dalam mencari istilah yang sesuai dengan penggunaan semasa, dan yang lebih penting lagi ialah cara membina ayat mengikut lenggok bahasa kewartawanan dan pelaporan akhbar bahasa Arab semasa. Ia juga penting kepada pelajar penterjemahan bahasa Arab khususnya, dari aspek melihat contoh penterjemahan yang berkaitan dengan genre pelaporan semasa. Kamus ini disusun mengikut susunan huruf abjad Arab bermula dengan huruf hamzah sehinggalah ya’.  Perkataan dan ayat dibariskan bagi memudahkan pembacaan.  Bagi memudahkan pencarian perkataan bahas Melayu, satu indeks mengikut susunan abjad rumi disediakan di bahagian belakang kamus.

Quantity:
Add To Cart
KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (MOE APPROVED) (NEW COVER)
SGD 39.50
Kamus Pelajar Bergambar
SGD 12.50
KAMUS BERGAMBAR - Ana Muslim
SGD 11.20
Kamus Peribahasa 2022 [Simpulan Bahasa, Perumpamaan, Pepatah, Bidalan]
SGD 12.80
Kamus Bahasa Melayu - Bahasa Arab Edisi Keempat Oxford Fajar
SGD 22.00