(Novel Sejarah) Salahudin Al Ayubi & Sultan Muhammad Al Fateh Edisi Ke 2 (Abdul Latip Talib)

SGD 16.50

Penerbit: PTS (MALAYSIA)

Penulis: Abdul Latip Talib

SIZE A5

SOFTCOVER

🟠Salahudin Al-Ayubi - Edisi Kedua (Pembuka Baitulmuqaddis)

Salahudin Al-Ayubi sangat dikenali sebagai pemimpin agong yang membebaskan Baitulmuqaddis. Namun sumbangannya lebih daripada itu. Beliau yang terlebih dahulu menyatukan umat Islam yang ketika itu sedang berpecah belah. Sehingga pada akhirnya sebuah kerjaan Islam yang kukuh terwujud, dan menggerunkan kuasa salib Eropah.

🟡Sultan Muhammad al-Fateh (Penakluk Konstantinopel)

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. 

Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel.

Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh):

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

Titles:
Quantity:
Add To Cart
TUNDUKKAN HATI DIA - JULIA BASRI (NOVEL)
SGD 13.50
Surat Untuk Orang Yang Putus Asa (NOVEL)
SGD 17.80
Zinnirah Sebuah Karya Woori Hue (NOVEL)
SGD 17.70
Hai, Encik Perfume - Immaz Huda (NOVEL)
SGD 14.50
(BESTSELLING NOVEL BY Siti Rosmizah) Rindu Awak Separuh Nyawa
SGD 26.50