Sayang Tanpa Limit - CIK AMAL AMINA (NOVEL) (SOFTCOVER)

SGD 17.80

Terbitan: IDEA KREATIF

Penulis: CIK AMAL AMINA

"Dalam peti, ada ais. Assalamualaikum, Ulya binti Uwais." - Tariq

Pertemuan empat mata dengan Tariq di Village Grocer telah membuka kembali lipatan sejarah yang ingin Ulya lupakan. Pertemuan yang membuatkan hidup Ulya selepas itu sentiasa dibayangi oleh si bekas tunang dan pantunnya.

"Orang utan makan pisang. ,Pisang, ditanam oleh Lulu. langan menangis lagi sayang. Nanti saya upah bahulu" - Tariq

Tariq datang bersama misi untuk Menawan kembali hati Ulya, tetapi bukannya mudah. Lagi-lagi bila dalam hati Ulya masih tersimpan rasa dendam dan trauma pada si duda.

"Sayang saya, tapi sanggup curang dengan Nilam!"- Ulya

"Setia saya hanya untuk awak, Ulya." Tariq

Walaupun Ulya masih benci, namun kerana Umar, dia sanggup terima Tariq sebagai swami.

"Umar jangan risau. Abang Tariq bakal jadi abang ipar Umar. Macam yang Umar nak selama ni." - Ulya

Walau dilayan bak bidadari setelah menjadi isteri Tariq, jauh di sudut hati Ulya masih tersimpan rasa sangsi. Bila rasa benci dan sangsi mula pudar, tiba-tiba semuanya terpaksa berkubur begitu saja.

Segala yang berlaku tiga tahun lepas kembali terbongkar satu-persatu sehingga Ulya harus memilih antara dua lelaki yang dia paling sayang dalam hidup.

Antara Umar dan Tariq, siapa yang akan menjadi pilihan utama Ulya?

Adakah Umar bin Uwais yang sentiasa setia di sisi Ulya sejak dari dulu lagi?

Atau...Ahmad Tariq bin Ahmad Tarmizi yang sentiasa buat hati Ulya bermekar indah dengan bunga cinta?

PETIKAN BAB 1

SAAT mata bertentang mata, hati yang terluka kian parah Iukanya. Api benci dan marah yang tak pernah padam selama ini, kembali membara dan terus menyeksa jiwa.

Kisah lama yang cuba dilupakan mula berputar dalam ingatan bak pita rakaman dan selamanya akan kekal sebagai memori buruk dalam hidup seorang perempuan bernama Ulya binti Uwais.

Semuanya gara-gara manusia yang bernama Ahmad Tariq bin Ahmad Tarmizi. Lelaki yang tinggalkan kenangan paling buruk dalam sejarah hidup aku. Dah tiga tahun berlalu, tetapi sakitnya masih terasa. Lagi-lagi bila tengok senyuman manis yang terukir di wajahnya. Senyuman bak pisau tajam yang menoreh hati aku hidup-hidup.

PETIKAN BAB 2

Sambil dia jual pantun. sambil dia tepuk dada sendiri. Mungkin nak tunjuk yang dia tu Ahmad Tariq. Cara dia seolah-olah kami tak pernah kenal langsung. Sampai nak kena beritahu nama penuh bagai.

"Ahmad pergi sekolah pakai kasut Bata. Siapa gerangan gadis di depan mata?" Dia tunjuk muka aku pakai ibu jari.

Fed up!

Penat nak melayan pantun dua kerat dia yang bagai tiada henti. Dah serupa mesin pengeluaran pantun aku tengok. Kenapa dia macam ni? Pura-pura tak kenal. Padahal hakikat yang sebenar dia kenal aku.

Takkan dia hilang ingatan?

Tak mungkin.

Nampak dia macam orang sihat je. Lagipun. cara dia bercakap tak macam orang hilang ingatan tapi gaya orang nak perangkap. Dan tak mungkin dalam dua minggu ni, dia boleh lupa semuanya dalam sekelip mata. Sangat mustahil

Add To Cart
(MALAY NOVEL) Dia Tetap Sempurna (Mencintai kamu adalah hak aku) By Anjell
SGD 19.90
TUNDUKKAN HATI DIA - JULIA BASRI (NOVEL)
SGD 13.50
Surat Untuk Orang Yang Putus Asa (NOVEL)
SGD 17.80
Kru Paranormal - Hantu Misi (NOVEL) (MALAY NOVEL)
SGD 7.90
[SINGAPORE SELLER] NOVEL HEARTLESS ADAPTASI DRAMA "HATI TANPA RASA" - ATEEN KHALID
SGD 15.90