TUNDUKKAN HATI DIA - JULIA BASRI (NOVEL)

SGD 13.50

Medan lumba asbab kisah pertemuan, kisah kenangan dan kisah perpisahan.

Bila Cik Brutal a.k.a Lili bertemu dengan Encik Sentap a.k.a Qaliff, huru-hara dunia jadinya! Tanpa diduga ianya memutikkan secuit kasih di hati masing-masing.

“Kenapa kau buat bodoh aje, hah? Aku tengah cakap dengan kau ni. Bayarlah cepat ganti rugi aku. Lagi cepat kau bayar, lagi cepat aku blah dari sini. Ke kau nak aku panggil polis?” – QALIFF

“Isy kau ni. Sikit-sikit polis. Takkanlah hal kecil macam ni pun kau nak menyusahkan pihak polis? - LILI

Muncul pula Mamat Sejuk Beku a.k.a Faliq yang kereknya…ya ampun! Hati Lili yang rawan cuba dimenangi dengan sepenuh hati.

“Bagi nombor telefon Cik Liliana dulu. Lepas tu Cik Liliana boleh pergi.” – FALIQ

Tiba-tiba tragedi melanda. Dalam keterpaksaan, Lili terpaksa mengambil alih tempat Kak Lina dan jadi ibu segera untuk Qira. Status baru Lili memadam seketika kasih di hati Faliq.

Muncul pula Budi, lelaki masa silam Lili. Namun Budi punyai agenda tersembunyi.

“Sejarah lama kita tak pernah seminit pun aku lupakan. Teringin benar aku nak ulang saat- saat indah kita dulu.” – BUDI

Demi menyelamatkan Qira, Lili terpaksa bergabung tenaga dengan Qaliff dan Faliq. Tanpa disedari, Qaliff dan Faliq sebenarnya turut berlumba untuk memenangi sekeping jiwa milik Lili.

Siapakah di antara mereka yang akan berjaya menawan hati Lili? Qaliff ataupun Faliq? Atau mungkin Budi, lelaki masa silamnya?

Mengejar, dikejar dan berkejaran, yang menang belum pasti juara, yang kalah belum tentu kecewa. Kuatkanlah diri, agar relung kehidupan berpaksi pada kasih yang abadi.

Add To Cart
Lelaki Ke-19 (Lelaki Ke 19) (NOVEL)
SGD 18.30
[SINGAPORE SELLER] NOVEL HEARTLESS ADAPTASI DRAMA "HATI TANPA RASA" - ATEEN KHALID
SGD 15.90
Hazim, Aizat & Muzik (Novel)
SGD 9.50
Matahari by Hilal Asyraf
SGD 13.50
(MALAY NOVEL)TERHINA SEBUAH KEMULIAAN - Selagi cinta dan rindu masih ada, kemaafan selalu menjadi yang utama.
SGD 18.90