Ar-Rahiq Al-Makhtum, Sirah Nabi Muhammad S.A.W (The Sealed Nectar)

SGD 33.00

Penerbit: Santai Ilmu

Format: Softcover

Halaman: Hitam Putih

Muka Surat: 710 Muka Surat

Pada tahun 1973 telah diadakan sebuah persidangan berkaitan pengajian Sirah Nabi Muhammad SAW. Berakhirnya persidangan berkenaan dengan keputusan menganjurkan pertandingan penulisan Sirah peringkat Antarabangsa. Semua penulis di seluruh dunia telah dijemput untuk menulis di dalam apa jua bahasa.

Syaikh Sofiyurrahman telah menyertai pertandingan berkenaan. Keputusannya, beliau memenangi tempat pertama dengan meraih hadiah serta kelebihan yang menakjubkan! Buku beliau diterjemahkan kepada pelbagai bahasa serta disebarkan di serata negara. Lalu buku ini menjadi popular. Di pelbagai masjid dan surau bahkan sekolah telah menjadikan buku beliau sebagai modul di dalam subjek sirah.

Keistimewaan buku beliau ialah; ia menjelaskan isu sirah Nabi Muhammad dengan lengkap Daripada lahir sehingga wafat! Bahkan, beliau sertakan gambaran latar belakang tanah Arab sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad. Ini buku yang sangat istimewa!

Pada 1994, beliau telah membuat edisi kemaskini dengan pelbagai tambahan dan pembaharuan. Antaranya ialah; beliau menukar beberapa fakta yang pernah disebut sebelum ini, memadam kenyataan lama lalu ditambah dengan kenyataan baharu serta pelbagai lagi pendirian terkini beliau.

Santai Ilmu Publication telah berusaha sedaya upaya menterjemahkan karya ini kepada bahasa Malaysia. Semoga dengan penerbitan buku ini, umat Islam khususnya yang berada di Malaysia akan lebih mendekatkan diri kepada peribadi dan kehidupan Nabii Muhammad SAW.

Quantity:
Add To Cart
SENDI AGAMA TIGA SERANGKAI: TAUHID, FIQH & TASAWWUF
SGD 20.80
Buku Doa Berserta Rumi Karya Dr. KH. Miftah Faridl (A6 size)
SGD 13.80
Metodologi Memahami Hadis - Apabila hadis sahih, pastikan pemahaman juga sahih (Dr. Muhamad Rozaimi Ramle)
SGD 19.80
[SINGAPORE SELLER] Buku Amalan Harian Wanita Bahagia dan berjaya Edisi Kemas Kini
SGD 20.00
Sold Out
AMALAN MENGANGKAT DARJAT
SGD 8.70